Assalamualaikum & Salam 1Malaysia.
Selamat bercuti kepada semua warga Perak esok (19.4.2010) sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Perak.
SBP Integrasi Gopeng telah pun berjaya mengadakan Hari Anugerah Cemerlang kali ke-7 pada 16 April baru-baru ini. Sangat berjaya. Itu yang boleh Admin sifatkan. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang dikepalai oleh Ustazah Nor Hayati bt. Mohd Yusof sebagai Pemangku Pengetua. Dibantu oleh guru-guru serta para pelajar SBP Integrasi Gopeng. Perjalanan majlis sangat lancar, kesan dari raptai yang bermula sejak hari Rabu lagi.
HAC kali ini diadakan pada hari Jumaat memandangkan hari Isnin seluruh negeri Perak akan bercuti bagi meraikan Hari Keputeraan Sultan Perak. Majlis bermula pada pukul 7.45 dengan kehadiran ibu bapa. Disusuli oleh tetamu jemputan seperti pengetua-pengetua sekitar PPD Kinta Selatan, wakil PPD Kinta Selatan, dan akhir sekali ketibaan Tetamu Kehormat, y. Bhg. Dato' Abd. Ghafar b. Mahmud, Pengarah Institut Aminuddin Baki.
Antara anugerah yang disampaikan pada pagi itu ialah:
- Anugerah Pelajar Terbilang Tingkatan 1,2 & 4, 2009;
- Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran Tingkatan 1, 2 & 4, 2009;
- Anugerah Pelajar Terbilang PMR 2009;
- Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran PMR 2009;
- Anugerah Pelajar Terbilang SPM, 2009;
- Anugerah Pencapaian Mata Pelajaran SPM 2009
- Anugerah Peningkatan Mata Pelajaran PMR & SPM 2009 (Guru);
- Anugerah Kepemimpinan Pelajar 2009;
- Anugerah Akademik Terbilang 2009;
- Anugerah Khas Pengetua 2009.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin untuk pencapaian yang lebih cemerlang, gemilang & terbilang di masa-masa akan datang.




0 Komentar:
Post a Comment